PSM & MFL Jalin Kerjasama, Jadi Stadium Rasmi Liga Malaysia
MakanBola
MFL
Sponsors

Liga Malaysia (Liga M) terus mendapat suntikan penaja apabila menerima tajaan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sebagai stadium rasmi liga berkenaan.

Kerjasama ini diumumkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan PSM dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi badan pengendali liga itu.

Ad

Kerjasama ini dimeterai membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Giorgio Pompili Rossi dan CEO PSM, Iliyas Jamil.

Ad

“Sukan bola sepak merupakan acara paling popular dalam dunia kesukanan negara yang merentas segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar ekonomi dan keturunan serta menjadi medium perpaduan masyarakat.

“Justeru itu, bagi menjadikan pasukan bola sepak negara terus cemerlang, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pula telah mengambil inisiatif menjadikan Stadium Nasional sebagai rumah rasmi bagi pasukan kebangsaan Harimau Malaya sejak tahun 2019.

Ad

“Oleh yang demikian, bagi memberikan sokongan kepada sukan bola sepak negara, PSM berbesar hati menjadi penaja bersama – Gold (Tier 2) sebagai Stadium Rasmi Liga Malaysia di bawah seliaan Malaysian Football League (MFL) yang merangkumi ketiga-tiga pertandingan iaitu Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia bagi musim 2024/2025,” kata MFL dalam satu kenyataan

Ad

Jalinan kerjasama ini dilihat kesinambungan usaha PSM untuk terus memberi sokongan kepada arena bola sepak negara.

Ad

Sebelum ini, PSM bersetuju menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya pada 2019.

Ini menjadikan PSM sebagai rakan penaja terbaru MFL untuk saingan Liga M. Sebelum ini, saingan Liga M menyaksikan 15 penaja baru untuk musim 2024/25.

Peningkatan nilai tajaan yang diterima liga bakal meningkatkan lagi jumlah agihan pendapatan kepada setiap pasukan bertanding untuk musim ini.