PSM Tawar Rumput SNBJ Percuma Kepada Orang Awam
Harimau Malaya
FAS
Advertisements

Perbadanan Stadium Malaysia memaklumkan bahawa akan menawarkan rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) secara percuma kepada orang awam.

Penawaran ini dilakukan kerana kerja-kerja penggantian rumput baharu akan dibuat tidak lama lagi. Orang awam boleh hadir pada jumaat ini 31 Mac untuk mengambil rumput stadium yang dikenali sebagai Cow Grass.

Waktu pengambilan mempunyai dua sesi iaitu bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Advertisements

Pengambilan ini terhad kepada 4 petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian.

Stadium Nasional Bukit Jalil akan menggunakan rumput baharu jenis Zeon Zoysia bagi menggantikan rumput Cow Grass yang sedia ada.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram