PSSI ‘Ikat’ Shin Tae-yong Lebih Lama
MakanBola
PSSI

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) telah mengikat jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong untuk tempoh yang lebih lama selepas berpuas hati dengan sumbangan jurulatih kelahiran Korea Selatan itu.

Menerusi satu perkongsian dari PSSI, perbincangan untuk menyambung kontrak Tae-yong sudah berada di tahap akhir dan ianya telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Ad

Ketua Umum PSSI, Erick Thohir berpendapat sumbangan Tae-yong terhadap kemajuan bola sepak Indonesia berada di dalam tahap yang positif.

Ad

“Shin Tae-yong telah membawa pasukan negara ke peringkat ketiga kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 dan peringkat play-off Sukan Olimpik 2024. Prestasi kerjanya memberi manfaat kepada bola sepak Indonesia,” jelas Erick Thohir seperti dipetik dari PSSI.

Biarpun ramai yang masih belum mengetahui berapakah jangka masa kontrak baharu buat Tae-yong, namun Antara News mendedahkan bahawa kontrak baharu yang akan diterima Tae-yong bakal menyaksikan jurulatih itu kekal memimpin skuad kebangsaan Indonesia sehingga 2027.

Ad

“PSSI mengesahkan bahawa Shin Tae-yong akan terus melatih pasukan bola sepak kebangsaan atau “skuad Garuda” sehingga 2027.

Ad

“Persetujuan untuk menyambung kontrak Shin selama tiga tahun akan membolehkannya meneruskan komitmennya untuk menyokong pembangunan bola sepak negara,” kongsi Antara News.

Ad

Penyambungan kontrak kepada Tae-yong ini juga menandakan Indonesia kini berada dalam keadaan yang baik dari segi kejurulatihan dan corak permainan untuk tempoh beberapa tahun lagi.