Ahli Eksekutif (exco) PSSI, Hasani Abdulgani dikhabarkan mendapat makluman dari agen Mees Hilgers dan Kevin Diks bahawa kedua-dua pemain ini meminta untuk mendapatkan keizinan kedua ibu bapanya sebelum mewakili pasukan kebangsaan Indonesia.
Namun begitu, agen kedua-dua pemain ini meminta sehingga hari Jumaat untuk memberikan maklum balas dan sekiranya gagal, maka proses untuk melihat pemain ini beraksi buat pasukan Garuda terpaksa dilupakan.
‘Saya faham kerana ia melibatkan keizinan orang tuanya sama ada membenarkan atau tidak kedua pemain ini untuk menjadi warganegara Indonesia.’
‘Namun begitu, kedua pemain ini masih terikat dengan orang tuanya.’
Tambahnya lagi, beliau memerlukan jawapan yang muktamad mengenai status dua orang pemain ini sudah selesai menjelang April 2022 bagi mempersiapkan pasukan menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun nanti.
‘Saya memerlukan jawapan segera disebabkan Indonesia mempunyai sasaran untuk menjadikan keempat-empat pemain ini (termasuk Sandy Walsh dan Jordi Amat) sebahagian daripada pasukan.’
‘Kalau setuju kata yes dan kalau tidak kata no,’ – Jelas Hasan dalam satu kenyataan.
Ini juga bagi memudahkan urusan pihaknya untuk menyiapkan pasukan sekaligue memudahkan urusan dan perancangan jurulatih, Shi Tae Yong bagi membina skuad yang ampuh.
‘Jika begitu, kita hanya mahu Jordi dan Walsh atau juga pemain lain? Kalau pemain lain siapa? Kita perlu move on dan tidak merayu-rayu untuk mendapatkan seseorang pemain.’
‘