Tarikh 9 Oktober pasti menjadi hari yang paling menggembirakan buat penyokong setia Pulau Pinang apabila akhirnya mereka dapat melihat pemain kesayangan mereka menjulang trofi Liga Premier 2020.Ini menyaksikan pasukan Pulau Pinang akan kembali ke Liga Super pada musim depan selepas gagal pada musim lepas akibat daripada pemotongan mata.
Namun, Pulau Pinang gagal merekodkan musim ‘Invincible’ seperti mana yang pernah dilakukan oleh Sarawak pada tahun 2013 selepas dikecewakan oleh Terengganu FC II saat-saat akhir perlawanan.
Jaringan daripada penyerang import dari Ghana, Jordan Mintah, tiga minit sebelum perlawanan berakhir sudah cukup untuk mengakhiri rekod 20 perlawanan tanpa kalah Pulau Pinang.Namun diakui ,pencapaian ini tetaplah suatu pencapaian yang luar biasa bagi mereka.
Di bawah disertakan video penyampaian trofi di Stadium Sultan Ismali Nasaruddin Shah.
Kejayaan pada musim ini mungkin mungkin kerana para pemain Pulau Pinang mahu membalas dendam selepas gagal naik ke Liga Super pada tahun 2019 atas faktor dokumentasi.Ini kerana Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) gagal melunaskan tuntutan rasmi daripada bekas pemain import dari Brazil, Reinaldo Lobo mengikut masa dan arahan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Fifa, menyaksikan mereka dipotong mata sebanyak 6 mata.