Advertising
PUMA Orbita 1 Sah Jadi Bola Rasmi Liga Malaysia 2023
MakanBola
MFL

Dengan saingan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi, MFL mula sibuk membuat persiapan. Terbaru, penganjur Liga Malaysia (Liga M) itu dengan kerjasama jenama sukan global Puma dan rakan penaja Active Sports memperkenalkan bola rasmi liga iaitu Puma Orbita 1.

Dengan memilih bola tersebut, Liga M mengikut jejak langkah EFL (England), La Liga (Sepanyol) dan Serie A (Itali) yang menjadikan Puma Orbita 1 sebagai bola rasmi mereka.

Ad

Ia bakal digunakan untuk enam saingan Liga M iaitu perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA, Piala MFL, Piala Cabaran MFL dan Piala Malaysia.

Ad

Mengikut keterangan MFL, bola edisi khas itu dihasilkan menerusi teknologi moden dan direka menerusi frekuensi tinggi bagi pengekalan bentuk yang sangat baik, ketahanan dan mengurangkan penyerapan air.

Sementara konfigurasi 12 panel unik pada bola pula mengurangkan bilangan jahitan sekaligus menghasilkan panel lebih besar dan sambungan lebih baik dengan bola.

Ad
Ad

Permukaan PU bertekstur 3D 1.2mm yang disepadukan bagi tujuan aerodinamik mampu meningkatkan daya ketahanan bola. Manakala busa POE pula meningkatkan sensitiviti, memberikan sentuhan lebih teguh serta konsistensi lantunan lebih baik.

Ad

Pemilihan tiub yang digunakan dan teknologi PAL (Puma Air Lock) memberikan banyak kualiti tambahan kepada bola apabila ia berada di udara dan menghasilkan lantunan seimbang.

Bagi penyokong yang berminat mendapatkan Puma Orbita 1, ia boleh didapati secara eksklusif di Active Sports dan kedai Puma terpilih dengan harga RM579.