Salah satu media di Sepanyol telah melaporkan bahawa bintang ternama dunia, Cristiano Ronaldo kini mula disiasat pihak berkuasa.
Bintang berusia 38 tahun itu dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Sepanyol berhubung klinik pemindahan rambut yang dimiliki secara bersama.
Pemain antarabangsa Portugal itu telah membina empayar di luar padang sekaligus membantunya mengumpul nilai bersih sekitar £409 juta.
Menurut Catalan Sport, beberapa klinik pemindahan rambut Klinik Perubatan Insparya yang dimiliki bersamanya kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Sepanyol.
Agensi cukai negara itu didakwa telah meneliti perniagaan itu selepas klinik mengeluarkan beberapa invois tanpa VAT dari 2019 hingga 2021 kepada ratusan pelanggan.
Perbendaharaan Sepanyol mengatakan bahawa pemindahan adalah ‘semata-mata untuk tujuan estetik’ dan seharusnya mempunyai VAT termasuk dalam harga.
Fail untuk siasatan itu dibuka pada Februari 2022 dengan proses pendengaran bermula Mei tahun ini.
Ronaldo memulakan usaha perniagaannya semasa bersama Juventus setelah beliau menyertai kelab itu pada 2018 selepas memilih untuk meninggalkan Real Madrid untuk cabaran baharu di tempat lain.
Kini, kapten Al-Nassr itu menikmati prestasi terbaik di Arab Saudi dan sudah meledak 44 gol dalam 46 penampilan tahun ini.