Punca Utama Penalti JDT Dibatalkan
Liga Super
Astro Arena / IG Football Selangor
Advertisements

Kemenangan besar 6-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Kedah Darul Aman (KDA FC) semalam turut diselitkan satu jaringan yang tidak dikira. Pada ketika itu, JDT dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-68 selepas Arif Aiman dikasari dalam kotak penalti.

Penyerang dari Argentina, Fernando Forestieri dilihat seperti mahu mengambil tugasan sepakan penalti tersebut. Namun sedikit berbeza apabila Forestieri menyentuh bola tersebut lalu disudahkan Arif Aiman yang berlari dari belakang.

Gol tersebut tidak dikira dan sepakan percuma diberikan kepada pasukan Kedah. Bekas pengadil FIFA, Subkhiddin Mohd Salleh baru-baru ini ada berkongsi mengenai situasi sepakan penalti Barcelona yang hampir sama dengan apa yang berlaku kepada JDT malam tadi.

Advertisements

Pada video tersebut, Lionel Messi dilihat menyentuh bola tersebut sebelum disambar penyerang nombor 9 Barcelona ketika itu, Luis Suarez. Namun Suare masuk ke dalam kotak penalti lebih awal sebelum bola itu disentuh Lionel Messi.

“Gol tidak dikira, sebaliknya pasukan bertahan akan diberikan sepakan percuma tidak terus. Pemain penyerang No.9 (Luis Suarez) terlebih dahulu berada di dalam kawasan penalti sebelum bola dimainkan oleh rakannya (Messi) yang mengambil sepakan penalti.

Advertisements

“Messi tidak menjaringkan gol terus dan kesalahan dilakukan oleh No.9 (Luis Suarez) maka sepakan percuma tidak terus akan diberikan kepada pasukan bertahan,” jelas Subkhiddin menjelaskan situasi penalti Barcelona.

Subkhiddin sebelum ini acap kali berkongsi pendapat mengenai keputusan-keputusan pengadil di Liga Malaysia namun beliau berkata kini tidak lagi dibenarkan untuk menyinggung isu-isu yang berkaitan Liga Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram