Putrajaya Aibkan Negeri Sembilan
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Negeri Sembilan FC memulakan kempen pra-musim 2024-2025 dengan langkah kiri apabila tewas 1-0 kepada Putrajaya FC.

Perlawanan persahabatan ini diadakan secara tertutup di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang semalam.

Penolong jurulatih, K. Nanthakumar menyifatkan perlawanan semalam sebagai peluang barisan pemain skuad Rusa mencari keserasian.

Advertisements

Dan beliau percaya keserasian antara pemain akan lebih mantap menjelang aksi persahabatan seterusnya dengan Terengganu FC pada minggu hadapan.

“Banyak perkara yang masih perlu diperbaiki pasukan terutama pada bahagian serangan. Kita akan berikan yang terbaik dalam perlawanan menentang Terengganu FC.

“Memandangkan perlawanan hari ini merupakan perlawanan kedua pra-musim, para pemain masih lagi mencari keserasian.

Advertisements

“Kita menjangkakan akan ada peningkatan dalam perlawanan-perlawanan yang akan datang,” katanya.

Skuad Rusa bakal menguji skuad Penyu dalam aksi persahabatan seterusnya pada 4 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram