Qatar Bawa Aura Berbeza Bertemu Indonesia
Asia
Qatar FA
Advertisements

Tuan rumah Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024, Qatar bakal menunjukkan aura berbeza bila bertemu Indonesia esok.

Ini kerana pasukan itu mahu mengambil inspirasi daripada kejayaan skuad senior Qatar yang menjulang Piala Asia 2023 beberapa bulan lalu.

Atas sebab itu, jurulatih Qatar B-23, Ilidio Vale melihat kejayaan tersebut mampu merangsang moral pasukan itu bila menentang Tim Garuda nanti.

Advertisements

“Kejayaan skuad senior kebangsaan Qatar dalam Piala Asia baru-baru ini memberi suntikan moral kepada pasukan B-23 kita.

“Kita bermain tanpa tekanan kerana ini kejohanan yang berbeza dan matlamat kita ialah fokus kepada setiap perlawanan satu persatu,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Kumpulan A hari ini.

Annabi berharap dapat menampilkan prestasi mantap selepas hanya merekodkan satu kemenangan daripada empat perlawanan persahabatan sebelum ini.

Advertisements

Qatar tewas dua kali, seri sekali dan menang sekali bila berdepan Uzbekistan, China dan Malaysia baru-baru ini.

Selain Qatar dan Indonesia, Kumpulan A turut mengandungi negara serantau Jordan dan Australia.

Annabi bakal melayan Tim Garuda di Stadium Jassim bin Hamad esok pada jam 11.30 malam waktu Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram