Qatar Dapat Sentuhan Bekas Jurulatih Real Madrid
MakanBola
Qatar FA
Sponsors

Juara Piala Asia 2023, Qatar bakal menghadapi baki pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 bersama bekas jurulatih Real Madrid, Julen Lopetegui.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) mengumumkan pelantikan jurulatih Sepanyol berusia 58 tahun itu sebagai pengganti rakan senegara, Luis Garcia.

Ad

“Persatuan Bola Sepak Qatar secara rasmi menamakan Julen Lopetegui sebagai ketua jurulatih baharu Qatar dengan kontrak sehingga 2027,” kata QFA dalam satu kenyataan.

Ad

Ini bukan kali pertama Lopetegui menggalas peranan sebagai jurulatih di pentas antarabangsa. Sebelum ini, beliau pernah membimbing Sepanyol dari 2016 hingga 2018.

Ini tugas kejurulatihan terbaru Lopetegui selepas dipecat sebagai pengurus West Ham pada pertengahan musim 2024/25.

Ad

Selain West Ham, Sepanyol dan Real Madrid, beliau juga pernah membimbing Castilla (skuad kedua Real Madrid), Porto, Sevilla dan Wolverhampton Wanderers.

Ad

Sentuhan Lopetegui ditagih untuk membawa Qatar mara ke pusingan keempat kelayakan. Qatar mampu mara dengan syarat mereka berada dalam kedudukan ketiga atau keempat Kumpulan A.

Ad

Qatar perlu memenangi baki dua aksi untuk mengesahkan kemaraan. Aksi menentang Iran di Stadium Al Thumama pada 6 Jun bakal menjadi aksi pertama Lopetegui bersama pasukan itu.

Ini disusuli aksi menentang Uzbekistan di Tashkent pada 10 Jun.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments