Qatar Dijerat Pasukan Ke-110 Dunia
MakanBola
Qatar FA

Juara Piala Asia 2023, Qatar menerima tamparan hebat apabila hampir dijerat oleh pasukan ke-110 dunia.

Skuad kendalian Tintin Marquez menurunkan kesebelasan terbaik dengan Akram Afif, Almoez Ali dan Lucas Mendes dalam kesebelasan utama pasukan.

Aksi bermula baik di Stadium New Laos dengan kedua-dua pasukan beraksi dengan serangan balas pantas untuk mendapatkan jaringan awal.

Pasukan ke-110 dunia, Korea Utara membuka tirai jaringan menerusi Ri Il-song pada minit ke-19 menewaskan Meshaal Barsham untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.

Tekanan hebat diberikan kepada Korea apabila kapten pasukan, Jang Kuk-chol diarah meninggalkan padang apabila melakukan terjahan keras terhadap penyerang Qatar.

Qatar kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-31 menerusi percubaan Akram Afif untuk memastikan pasukannya kembali bersaing sengit.

Dua pertukaran babak pertama membuahkan hasil apabila The Maroons mendahului permainan hasil jaringan Almoez Ali pada minit ke-44.

Bersambung babak kedua, Qatar lebih mendominasi bola untuk mengekalkan kelebihan pada babak pertama.

Jaguh Timur Tengah itu kembali tersentak apabila Kang Kuk-chol menjaringkan gol penyamaan pada pertengahan babak kedua.

Tambahan masa 7 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan hingga wisel penamat ditiup.

Qatar kini menghuni tangga ke-5 kumpulan selepas dua perlawanan dengan satu mata bersama Korea Utara.