Qatar Jadi Mangsa Kejutan Kyrgyzstan
MakanBola
Kyrgyzstan FU
Sponsors

Juara Piala Asia 2023, Qatar menjadi mangsa kejutan dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia.

Ini selepas pasukan Asia Barat itu tumbang 3-1 di tangan wakil Asia Tengah, Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Ad

Tuan rumah memerlukan kemenangan jika ingin mara ke pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2026. Qatar pula perlu menang jika ingin merapatkan kedudukan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Uzbekistan.

Ad

Hasrat anak buah Luis Garcia Fernandez meraih gol pendahuluan musnah apabila The White Falcons mendahului menerusi Valery Kichin.

Al-Annabi menyamakan kedudukan menerusi Lucas Mendes. Dua gol lewat Aleksandar Mishchenko dan Alimardon Shukurov memastikan kemenangan milik The White Falcons.

Ad

Keputusan ini menyaksikan Qatar kini di tangga keempat Kumpulan A dengan 10 mata, tiga mata di belakang UAE. Kyrgyzstan pula di tangga kelima dengan enam mata.

Ad

Qatar perlu menang dengan Iran pada 5 Jun jika ingin memintas UAE di tangga ketiga. Kyrgyzstan pula berdepan Korea Utara pada hari yang sama.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments