Quang Hai Kembali Ke Vietnam,  Sertai Hanoi Police FC
MakanBola
Hanoi Police FC
Sponsors

Bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai sah kembali beraksi di V-League bersama pasukan Hanoi Police FC. 

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab di laman Facebook dimana pemain berusia 26 tahun ini akan menandatangani kontrak selama setahun setengah. 

Ad

Sebelum ini, ejen Quang Hai, Michelle Fersini mengesahkan bahawa pemain sayap itu telah menamatkan kontrak dengan persetujuan bersama kelab Perancis, Pau FC. 

Ad

Kelab Polis Hanoi turut mengesahkan bahawa Quang Hai masih belum pasti untuk bermain dalam perlawanan pertamanya esok bagi aksi pusingan V-League. 

Hal ini kerana bintang Vietnam itu perlu melengkapkan beberapa dokumen pendaftaran V-League untuk didaftar sebagai pemain baharu kelab.

Ad

Hanoi Police FC merupakan kelab yang baru sahaja dinaikkan pangkat ke V-League selepas berjaya menjuarai V-League 2 musim lalu. 

Ad

Mungkin ini bakal menjadi titik kebangkitan buat Quang Hai selepas menghadapi musim yang sukar bersama Pau FC sebelum ini.