Quentin Cheng Anggap Kim Pan-gon Nampak Potensi Sebenarnya
Harimau Malaya
FAM
Advertisements

Pertahanan kanan Selangor, Quentin Cheng sudah bersedia untuk tugasan seterusnya bersama pasukan kebangsaan setelah membantu Selangor melayakkan diri ke Asia musim hadapan.

“Matlamat kami untuk musim ini adalah layak ke pentas Asia dan kami berjaya setelah meraih kedudukan kedua liga.”

“Selaku pemain bola sepak semestinya saya mahu menentang pasukan yang terbaik dan ini merupakan peluang saya untuk menguji kemampuan diri diperingkat Asia.” jelas Quentin.

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun ini juga bersedia merebut tempat dalam pasukan kebangsaan menjelang kejohanan besar Piala Asia tahun hadapan.

“Saya berharap saya mendapat tempat dalam kem kebangsaan namun itu semua merupakan keputusan ketua jurulatih.”

“Saya akan bersedia sepenuhnya jika dipanggil dan sudah tentu ada persaingan yang sengit diposisi pertahanan kanan negara dengan kehadiran Azam Azmi dan Matthew Davies.” ujarnya lagi.

Advertisements

Namun Quentin Cheng kekal optimis dengan peluang beliau memandangkan pemain ini memiliki versatiliti untuk beraksi diposisi yang berbeza.

“Saya mempunyai kelebihan bermain diposisi yang berbeza dan saya harap jurulatih Kim Pan-gon melihat kualiti yang ada pada saya.” katanya.

Selain bermain dibahagian pertahanan kanan, pemain ini juga mampu bermain sebagai pemain pertahanan tengah serta pertahanan kiri pasukan.

Advertisements

Quentin Cheng menjadi sebahagian pemain penting Selangor musim ini apabila merekodkan 22 penampilan liga dan mencatatkan 3 bantuan jaringan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram