Advertisement
Radamel Falcao Mahu JDT Buat Yang Terbaik Di Piala Sumbangsih
Asia Tenggara
MakanBola
Instagram: @galatasaray

Bekas penyerang sensasi Colombia, Radamel Falcao mengucapkan selamat maju jaya kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelanh sepak mula Piala Sumbangsih esok.

Pemain berusia 37 tahun itu kimi sedang beraksi bersama pasukan Rayo Vellecano di Sepanyol sudah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke JDT.

Menerusi satu hantaran di laman rasmi Johor Southern Tigers hari ini, beliau aempat merakamkan ucapan tahniah kepada skuad Harimau Selatan dalam usaha mempertahankan trofi yang dimenangi tahun lalu.

“Hai, kepada semua penyokong JDT, saya Radamel Falcao, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada JDT. Jumpa nanti.”

Prestasi memberangsangkan JDT telah pun meraih pandangan beberapa nama besar bola sepak dunia dan terbaru, bekas kapten pasukan kebangsaan Argentina, Xavier Zanetti dan juga Julio Cesar difahamkan akan ke Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

JDT akan bertemu Terengganu dalam usaha memulakan aksi sebaik mungkin bagi mempertahankan kesemua trofi yang dimenangi musim lalu.