Hasrat untuk melihat penyerang Colombia, Radamel Falcao beraksi di Liga Malaysia dilihat samar apabila beliau dijangka menyambung kontraknya bersama Rayo Vallecano.
Pemain yang sering dikaitkan ke JDT ini telah hadir dan melawat fasiliti kelab Johor Darul Ta’zim baru-baru ini. Bagaimanapun hingga kini masih belum ada kenyataan rasmi atau kata putus berkaitan perpindahan penyerang berusia 37 tahun itu ke Harimau Selatan.
Menerusi tinjauan terkini MakanBola di laman Transfermarkt, kontrak Falcao telah dilanjutkan hingga 30 Jun 2024 bersama Rayo Vallecano. Beliau dikhabarkan kekal di kelab tersebut dan akn beraksi selama semusim disana.
Jika benar kontrak Falcao disambung, ini bermakna JDT perlu membayar yuran perpindahan jika mahukan khidmat bekas bintang Manchester United itu menyarung jersi JDT.
Setakat 49 penampilan Falcao bersama Rayo Vallecano, penyerang dari Colombia itu telah mencatat sebanyak lapan jaringan dalam kempen La Liga.
Musim lepas dilihat musim yang sukar buat Rayo Vallecano apabila pasukan itu menamatkan kempen liga di kedudukan kesebelas liga dengan 13 kemenangan, 10 seri dan 15 kekalahan dicatat.