Radamel Falcao Tak Sabar Bertemu TMJ
Liga Super
Goal.Com
Advertisements

Penyerang sensasi Colombia, Radamel Falcao memberi bayangan bahawa perpindahannya ke Johor Darul Ta’zim (JDT) benar-benar menjadi kenyataan.

Pemain berusia 36 tahun itu merupakan lagenda di Eropah dan menjadi antara penyerang yang digeruni pada era kegemilangannya.

Beliau mula dikaitkan ke JDT sejak musim lalu namun khabar ini semakin kuat setelah pemilik kelab JDT, Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) kini dalam proses perbincangan untuk menjadi ahli lembaga kumpulan bola sepak global bersama Racing City Group.

Advertisements

Namun begitu, Falcao menguatkan lagi desas-desus ini apabila memberi komen balas kepada ciapan milik TMJ di laman Twitter.

“Tak sabar untuk bertemu anda (TMJ),” jelasnya.

Ini sekaligus menguatkan lagi berita perpindahan ini setelah TMJ juga menyatakan bahawa beliau menunggu kehadiran Falcao untuk tiba di Johor.

Advertisements

Bekas bintang Manchester United dan Atletico Madrid ini juga difahamkan bakal menjadi duta kelab sekiranya beliau membuat keputusan untuk menyertai JDT.

JDT juga masih mempunyai baki satu kuota import untuk diisi. Kehadiran Falcao mampu memberi nilai tambah kepada jentera serangan Harimau Selatan yang sudah memiliki nama seperti Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram