Radja Nainggolan Pemain Termahal Liga Indonesia
Asia Tenggara
Bhayangkara FC
Advertisements

Selepas melengkapkan perpindahan ke kelab Liga 1 Indonesia iaitu Bhayangkara FC, Radja Nainggolan kini menjadi pemain termahal di Liga Indonesia.

Bekas pemain kebangsaan Belgium itu membuat keputusan untuk berhijrah ke bumi Indonesia selepas kontrak beliau bersama kelab terdahulu di Liga Serie C iaitu SPAL FC ditamatkan.

Menerusi data yang dikongsikan oleh laman Transfermarkt, nilai pemain tengah itu kini berada pada tanda harga 500,000 Euro iaitu bersamaan RM2.5 Juta. Kemasukan Radja sekaligus telah memintas nilai pemain tempatan termahal di Liga Indonesia sebelum ini iaitu Marc Klok.

Advertisements

Radja bersama dua pemain import lain di Liga Indonesia iaitu Dimitrios Kolovos dari pasukan Dewa United dan Gilbert Alvares dari pasukan Arema masing-masing diletakkan pada tanda harga 500,000 Euro.

Radja kini mempunyai misi penting untuk membantu pasukannya, Bhayangkara menamatkan kempen liga sekurang-kurangnya di tangga kelima belas. Ini kerana pasukannya ketika ini berada di kedudukan tercorot dalam liga dan jika kedudukan itu kekal hingga tamat liga, Bhayangkara bakal turun ke Liga 2 Indonesia musim depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram