Rahman Daud Wira Selangor 2 Benam Melaka United
Dunia
Selangor 2
Advertisements

Aksi persabahatan yang diadakan di padang SUK Shah Alam pada semalam menyaksikan Selangor 2 melakar kejutan apabila menewaskan pasukan Melaka United.

Perlawanan yang berlangsung secara tertutup itu diadakan sebagai persiapan pasukan bagi melengkapkan kempen pra-musim. Selangor 2 membenam Melaka United dengan keputusan 4-0 hasil jaringan Abdul Rahman Daud dan Aliff Izwan.

Kedua-dua pemain yang menjaringkan gol tersebut merupakan graduan daripada Akademi Mokhtar Dahri (AMD). Rahman berjaya menjaringkan satu gol menerusi rembatan kencang yang menewaskan penjaga gol Melaka United. Gol kedua beliau terhasil melalui sepakan penalti.

Advertisements

Rahman Daud, pemain yang baru berusia 18 tahun ini merupakan prospek terbaik negara. Beliau merupakan penyerang terbaik dan penjaring terbanyak Kejohanan Pra U Cup 2021 dengan meledak sebanyak 10 gol.

Pantas diikat dan ditandatangani oleh Selangor FC, pemain kacukan Malaysia/Itali ini pasti menjadi pemain tumpuan dalam saingan Liga Premier musim ini. Aksi dan prestasi cemerlang Rahman pastinya bakal merancakkan lagi saingan Liga M 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram