Advertisement
Raih 3 Gol Awal, Pemain JDT Nafi Ubah Taktikal Berdepan Shah Alam City
UltraSukan
UltraSukan
JDT Futsal

Pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Abu Haniffa Hasan menafikan pasukan mengubah taktik semasa turun menentang Shah Alam City hari ini.

Selepas meraih tiga gol awal pada babak pertama, Harimau Selatan dilihat selesa mempertahankan kelebihan mereka pada babak kedua.

JDT kemudiannya meraih gol keempat pada minit ke-37 menerusi percubaan jarak jauh Caio Cesar Garcia Rego. Shah Alam City kemudiannya meraih gol saguhati menerusi Isaias Figueirido.

Bagi Abu Haniffa, JDT beraksi seperti biasa dan tidak menyediakan sebarang pelan taktikal khusus buat tuan rumah.

“Setakat ini, tiada. Kita main perlawanan normal. Syukur alhamdulillah, pertahanan sangat baik pada babak kedua.

“Shah Alam City dapat masuk juga tapi penjaga gol dan pemain lain semua sudah lakukan yang terbaik. Kita tak ubah taktikal, kita cuba kawal perlawanan dengan power play, hampir dapat satu gol tapi tak dapat.

“Akhirnya, mereka juga yang menjaringkan gol. Alhamdulillah, kita menang,” katanya kepada media selepas tamat perlawanan hari ini.

JDT terus kekal menerajui Divisyen 1 dengan sembilan mata dengan Shah Alam City di tempat ketiga dengan enam mata.