Rakyat Korea Selatan Minta Peluang Kedua Buat Lee Kang-in
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Sentimen warga Korea Selatan terhadap bintang Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang-in dilihat menunjukkan perubahan positif.

Ini selepas bintang berusia 22 tahun itu menjadi arkitek gol kemenangan PSG ke atas Real Sociedad dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Berdasarkan pemerhatian wartawan sukan Korea Selatan, Joel Kim, persembahan cemerlang Kang-in bukan saja menjadi tajuk utama portal-portal sukan negara itu.

Advertisements

Malah, ramai peminat sukan berharap beliau dapat melupakan kes pertelagahan membabitkan dirinya dan kapten, Son Heung-min sebelum aksi separuh akhir Piala Asia 2023.

Sebelum ini, nama kedua-dua pemain menjadi tumpuan gara-gara pertelagahan membabitkan isu makan malam pasukan. Insiden tersebut mengakibatkan jari Heung-min hampir patah.

Kedua-duanya kemudian beraksi dalam aksi separuh akhir Piala Asia 2023 yang berkesudahan dengan kekalahan 2-0 di tangan Jordan.

Advertisements

Kim percaya sentimen orang ramai yang memihak kepada Kang-in bakal membuka jalan kepadanya kembali beraksi bersama Pahlawan Taeguk.

“Semuanya kelihatan secara perlahan-lahan memihak kepada Lee Kang-in pada masa yang tepat dan panggilan (ke skuad kebangsaan) untuk perlawanan kelayakan pada Mac ini semakin hampir jadi nyata,” katanya di X.

Kang-in turut mencipta sejarah awal pagi tadi sebagai pemain Korea pertama selepas Heung-min yang merekodkan gol atau bantuan gol dalam perlawanan kalah mati UCL.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram