Ramon Machado Bakal Tinggalkan Sabah?
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Sabah FC berpotensi kehilangan khidmat peledak berbisa mereka dari Brazil, Ramon Machado.

Sejak menyertai Sabah pada 1 Julai 2023, penyerang berusia 33 tahun itu menambah bisa serangan skuad Badak untuk separuh kedua Liga Super dan Piala AFC.

Ad

Musim 2023 menyaksikan Machado merekodkan 20 penampilan dan 13 gol dalam semua kejohanan. Itu cukup membantu Sabah meraih kedudukan ketiga dalam liga musim lepas.

Ad

Dan musim ini, Machado terus membalas kepercayaan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee dengan meledakkan empat gol dalam empat perlawanan.

Walau bagaimanapun, semua ini dijangka berubah menerusi satu khabar yang dikongsikan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran.

Ad

Machado dilaporkan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Sabah atas sebab peribadi. Beliau akan bertolak pulang ke Brazil terlebih dahulu sebelum memikirkan destinasi terbarunya.

Ad

“Difahamkan Ramon Machado akan meninggalkan Sabah atas sebab peribadi. Beliau akan kembali ke Brazil terlebih dahulu sebelum mengatur langkah seterusnya,” katanya di X.

Ad

Selain Sabah, Machado pernah beraksi untuk beberapa kelab seperti FK Qabala, Neftchi Baku, Ponte Preta dan Juventude.

Khabar ini timbul menjelang aksi suku akhir kedua Piala FA 2024 antara Sabah dan Terengganu FC. Perlawanan itu akan berlangsung pada 6 Julai ini.