Ramon Machado Sertai Kelab Azerbaijan, Araz-Naxcivan
MakanBola
Penang FC
Sponsors

Selepas meninggalkan Sabah FC beberapa minggu yang lalu, penyerang Brazil, Ramon Machado sudah menemui kelab baru.

Penyerang berusia 33 tahun itu sah menyertai kelab divisyen pertama Azerbaijan, Araz-Naxcivan pada 22 Julai lalu. Perpindahan bekas penyerang skuad Badak itu diumumkan di platform rasmi kelab itu.

Ad

“Seorang lagi pemain bola sepak menyertai pasukan Araz-Naxcivan untuk latihan pra-musim. Menurut perjanjian antara pemain dengan kelab, Ramon Machado akan menghabiskan satu tahun akan datang sebagai pemain merah putih.

Ad

“Penyerang Brazil itu mengambil bahagian dalam sesi latihan pasukan mulai hari ini (22 Julai). Pemain bola sepak berusia 33 tahun datang ke Araz-Naxcivan dari kelab Malaysia, Sabah.

Misli Premyer Liqasi (nama rasmi Liga Perdana Azerbaijan) tidak asing dengan penyerang Brazil yang berpengalaman itu. Beliau pernah beraksi untuk Neftchi Baku dan FK Qabala pada tahun yang berbeza,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Machado dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri dengan kelab berkenaan. Ini kerana Araz-Naxcivan memiliki beberapa pemain Brazil seperti Carlos Jatoba, Igor Ribeiro, Felipe Santos dan Wanderson.

Ad

Sebelum ini, Machado dan Sabah telah memutuskan untuk menamatkan kontrak secara bersama. Penampilan terakhir beliau ialah aksi suku akhir kedua Piala FA 2024 menentang Terengganu pada 6 Julai lalu.

Ad

Sepanjang bersama Sabah, Machado telah merekodkan 25 penampilan, 17 gol dan empat bantuan gol dalam semua kejohanan termasuk Piala AFC.