Topik berkenaan ketandusan penyerang berkualiti dalam negara sentiasa menjadi topik perbualan yang hangat diperbincangkan sejak bertahun lamanya dan dilihat tiada penghujungnya
Bekas pengendali pasukan Kedah, Ramon Marcote ternyata ada pilihan tersendiri apabila ditanyakan soalan berkenaan penyerang terbaik dalam negara ketika ini.
Marcote yang kini merupakan staf kejurulatihan dalam skuad pembangunan Al-Hilal SFC memilih Syafiq Ahmad sebagai penyerang terbaik negara ketika ini diikuti dengan Safawi Rasid.

Untuk musim ini, Syafiq Ahmad yang merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dipinjamkan ke pasukan Kedah Darul Aman FC (KDAFC). Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan bahawa Syafiq Ahmad dipinjamkan untuk mendapatkan ‘form’ beliau semula selepas insiden kemalangan yang menimpa beliau pada penghujung tahun 2020.
Syafiq setakat ini telah diturunkan dua kali dalam perlawanan persahabatan bersama KDAFC dan berjaya mencetak 4 gol keseluruhan membuktikan beliau sedang berusaha untuk mendapatkan semula ‘bisa yang hilang’.