Ramon Marcote Cari Kerja
MakanBola
Ramon Marcote
Sponsors

Bekas pembantu jurulatih Selangor FC, Ramon Marcote kini giat mencari pekerjaan baharu selepas meninggalkan Selangor hujung musim lalu.

Biarpun ada ura-ura yang mengatakan jurulatih dari Sepanyol itu menyertai sebuah pasukan di Cyprus, ianya ternyata tidak benar sama sekali.

Ad

Hasil tinjauan di laman Transfermarkt, Selangor merupakan kelab terakhir beliau menabur bakti sebelum meninggalkan pasukan itu selepas kontraknya tamat.

Ad

Marcote yang juga bekas pengendali pasukan Kedah telah dikesan sedang giat dalam mencari pekerjaan baharu bagi meneruskan kariernya di dalam bidang kejurulatihan.

“Saya sedang mencari pekerjaan dan amat menghargai sokongan. Saya mahu memulakan cabaran baharu yang membolehkan saya mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran saya.

Ad

“Saya berminat dengan peluang baharu sebaik-baiknya di Eropah, Timur Tengah, Jepun, China, Asia Selatan serta terbuka untuk meneroka cabaran baharu di tempat lain,” coret Marcote di laman LinkedIn.

Ad
marcote linkedin Ramon Marcote Cari Kerja
Ramon Marcote sedang mencari kerja baharu di laman LinkedIn.

Jurulatih berusia 46 tahun itu merupakan jurulatih yang sarat dengan pengalaman apabila pernah melatih skuad muda Atletico Madrid, skuad muda Al-Hilal dan juga pernah menjadi pengurus kelab Cyprus, Ethnikos.

Ad

Antara pencapaian terbaik Marcote sebagai pembantu jurulatih adalah membawa Selangor menjadi naib juara Liga Super 2023 sekali gus menempah slot ke pentas Asian Champions League 2 (ACL 2) musim 2024.