Ranking FIFA: Indonesia Berpeluang Lonjak 13 Tangga, Pintas Malaysia Selepas 11 Tahun
Asia
Timnas Indonesia
Advertisements

Pasukan kebangsaan Indonesia berpeluang untuk memintas kedudukan Malaysia dan melonjak kira-kira 13 anak tangga menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 November ini.

Skuad kendalian Shin Tae-yong berada pada momentum terbaik ketika ini selepas membenam cabaran Brunei dengan agregat 12-0 pada pusingan pertama kelayakan.

Sang Garuda berjaya mengisi slot terakhir Kumpulan F dan bakal bersaing bersama Iraq, Filipina dan Vietnam untuk mara ke pusingan berikutnya.

Advertisements

Berdasarkan kiraan mata FIFA, Indonesia verpeluang besar untuk memintas kedudukan Malaysia dan melonjak kira-kira 13 anak tangga.

Kemas kini kedudukan ranking FIFA terbaru menyaksikan Indonesia melonjak dua tangga dengan tambahan +16.95 mata FIFA.

Kemenangan berdepan pasukan ke-68 dunia, Iraq dan Filipina (ke-138 dunia) membolehkan Indonesia mengumpul tambahan kira-kira +31.76 mata untuk menjadikan mata keseluruhan menjadi 1101.76.

Advertisements

Ini membolehkan Indonesia melonjak ke kedudukan 132 dunia dan memintas kedudukan Latvia dengan jumlah pungutan mata yang sama.

Namun begitu, kedudukan ini bakal dipengaruhi oleh aksi negara lain seperti Malaysia yang turut beraksi dalam kelayakan yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram