Ranking FIFA: Malaysia Dilandasan Terbaik Daki 8 Anak Tangga
Harimau Malaya
AzriHaziq / MakanBola
Advertisements

Pasukan kebangsaan Malaysia kini berpeluang untuk memintas kedudukan ranking FIFA lapan buah negara sekaligus berpotensi untuk melonjak kira-kira lapan anak tangga menjelang menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2025 November ini.

Ketika ini, ranking FIFA Harimau Malaya berada di tangga ke 137. Malaysia bakal berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan di pentas Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Kemenangan berdepan pasukan ke-97 dunia, Kyrgyzstan dan Taiwan (152 dunia) membolehkan Malaysia mengumpul tambahan kira-kira 26.65 mata sekaligus menjadikan mata keseluruhan 1123.27.

Advertisements

Jika menang menentang Kyrgyzstan, Harimau Malaya bakal peroleh tambahan 15.49 mata sementara tambahan 11.16 mata jika turut berjaya menewaskan Taiwan. Berdasarkan kiraan mata FIFA, jika Malaysia berjaya meraih kemenangan pada aksi menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, skuad kendalian Kim Pan-gon ini mampu melonjak naik ke kedudukan 129.

Ia sekaligus akan memintas kedudukan negara Niger, Sudan, Kepulauan Solomon, Latvia, Nicaragua, Lithuania, Kepulauan Faroe serta Kuwait. Namun begitu, kedudukan ini bakal dipengaruhi oleh aksi daripada negara-negara lain yang turut beraksi dalam kelayakan yang sama.

Malaysia dijadualkan berdepan Kyrgyzstan pada 16 November di Stadium Nasional Bukit Jalil dan bakal bertemu Taiwan pada 21 November 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram