Ranking FIFA: Malaysia dan Indonesia terpisah tiga tangga dengan jurang perbezaan hanya 5 mata.
Skuad kendalian Pau Marti mengharungi detik sukar apabila tewas dengan keputusan 4-0 menentang New Zealand dalam satu aksi persahabatan FIFA Tier 1.
Indonesia juga berdepan situasi sama apabila diikat Bahrain dengan keputusan 2-2 sebelum tunduk 2-1 menentang China.
Kemas kini ranking FIFA menunjukkan Harimau Malaya kini menghuni tangga ke-133 dunia dengan 1113.92 mata, turun satu tangga berbanding kemas kini terdahulu.
Nasib sama dialami oleh Sang Garuda apabila turun satu tangga juga pada kedudukan 130 dunia dengan 1118 mata ketika ini.
Aksi bulan November menyaksikan Malaysia akan mengharungi aksi persahabatan Tier 1 FIFA menentang pasukan ke-125 dunia, India pada 19 November di tempat lawan.
Indonesia pula akan meneruskan perjuangan aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Jepun dan juga Arab Saudi.
Indonesia kini merupakan pasukan ke-3 terbaik di Asia Tenggara (130) diikuti oleh Malaysia (133) sementara jaguh Asean kekal milik Thailand (96) diikuti oleh Vietnam (119).