Asia Tenggara
Timnas Indonesia
Advertisements

Pasukan kebangsaan Indonesia berpeluang untuk menghampiri kedudukan jiran serumpun, Malaysia dalam kedudukan ranking FIFA menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Skuad bimbingan Shin Tae-yong berdepan dua ujian getir apabila bakal berdepan pasukan ke-68 dunia, Iraq dan juga Filipina bagi dua aksi awal kelayakan.

Prestasi memberangsangkan Indonesia menyaksikan mereka sudah melonjak tiga tangga dalam kemas kini terbaru FIFA ke tangga 145 dunia.

Advertisements

Dua kemenangan ke atas Brunei melonjakkan motivasi pasukan yang memperoleh tambahan +16.95 mata FIFA tempoh hari.

Indonesia sekali lagi berpeluang untuk memungut mata tertinggi FIFA berdepan Iraq dengan kemenangan ke atas gergasi Asia itu menjanjikan tambahan +18.63 mata.

Advertisements

Kemenangan bakal membolehkan Sang Garuda mengumpul 1088 mata FIFA dan kejayaan membenam Filipina bakal membuka laluan kepada Indonesia memungut +13.13 mata lagi.

1101.76 mata keseluruhan bakal menjadi milik Indonesia dan melonjak ke tangga ketiga di ASEAN dan melonjak ke tangga 132 dunia.

Indonesia bakal berdepan Iraq pada 16 November sebelum ke Filipina pada 21 November 2023 di laman sendiri.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram