Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk memasuki ke kelompok 120 terbaik dunia menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman.
Perlawanan yang bakal berlangsung di Muscat, Oman itu menyaksikan Harimau Malaya berpeluang untuk merekodkan kemenangan ke-3.
Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon membawa 24 orang pemain dengan dua bintang berpengalaman, Matthew Davies dan Junior Eldstal terpaksa disisihkan akibat kecederaan.
Malaysia bagaimanapun berpeluang untuk melonjak ke kelompok 120 terbaik dunia sekiranya berjaya menundukkan pasukan kendalian Jaroslav Silhavy.
Berdasarkan kemas kini oleh laman FIFA, Harimau Malaya kini menghuni tangga ke-132 dunia dengan 1110 mata selepas Piala Asia 2023.
Kedudukan negara bagaimanapun berpotensi untuk memperoleh tambahan +16.98 mata FIFA (1128 mata) untuk naik 4 anak tangga ke kedudukan 128 dunia.
Malaysia juga bakal memintas Central African Republic, The Gambia dan juga Solomon Islands namun kekal selaku negara ketiga Asia Tenggara selepas Thailand (101 dunia) dan juga Vietnam (105 dunia).
Aksi Malaysia dan Oman dijadualkan berlangsung pada 22 Mac 2024 di Sultan Qaboos Sports Complex dengan misi untuk terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan.