Kim Pan-gon Bawa 4 Watak Baharu Ke Oman
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon dijangka mempertaruhkan 4 muka baharu dalam skuad yang bakal dibawa ke Oman.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berjaya membawa prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan terutamanya ketika mengharungi aksi Piala Asia 2023.

Harimau Malaya juga merekodkan permulaan cemerlang di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas merakamkan dua kemenangan awal menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.

Advertisements

Persiapan Malaysia ke Muscat, Oman diserikan dengan kemenangan besar ke atas Nepal dengan keputusan 5-1 sekaligus memberi motivasi tambahan kepada pasukan.

Pan-gon telah memanggil seramai 33 orang pemain dan 11 daripadanya merupakan pemain bawah 23 tahun negara yang menjalani latihan lebih awal sebelum kem latihan pusat b-23 bermula.

25 pemain sahaja akan dibawa ke Oman untuk berdepan pasukan ke-80 dunia itu dengan 4 pemain muda dijangka akan dibawa untuk membantu pasukan.

Advertisements

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, 4 orang pemain yang dimaksudkan itu ialah Azam Azmi, Mukhairi Ajmal, Nooa Laine dan juga Shahrul Nazeem.

Harimau Malaya akan bertemu dengan Oman pada 22 Mac 2024 dengan misi meraih tiga mata penting sambil Pan-gon optimis untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram