Skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Kim Pan-gon telah dijadual bertemu Nepal dalam satu aksi persahabatan tertutup yang berlangsung di Stadium UITM Shah Alam malam semalam.
Aksi persahabatan itu sebagai persediaan pasukan Malaysia sebelum beraksi menentang pasukan Oman bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada hujung Mac kelak.
Anak buah Kim Pan-gon berjaya melakar kemenangan bergaya mengatasi pasukan pelawat dengan keputusan 5-1.
Darren Lok, Stuart Wilkin, Daniel Ting dan Mukhairi Ajmal, masing-masing mencatat nama sebagai penjaring. Penyerang sensasi negara, Darren Lok berjaya meledak dengan dua jaringan untuk memastikan Harimau Malaya melakar kemenangan.
Biarpun Malaysia baru menerima kehadiran beberapa tonggak dari pasukan JDT yang baru melapor diri, Kim Pan-gon terus meletakkan kepercayaan kepada Syihan Hazmi, Romel Morales, Syamer Kutty dan Endrick untuk bermain dan perkuat pasukan.
Impak pemain-pemain ini semestinya memberi nilai tambah dan mengukuhkan skuad yang sedia ada.
Skuad kendalian Kim Pan-gon akan menentang Oman untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 dengan aksi pertama, Oman sebagai tuan rumah di Muscat pada 22 Mac kelak. Selepas itu, aksi timbal balik akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.