Ranking Harimau Malaya mencatatkan penurunan lagi pada Oktober ini.
Skuad kendalian Pau Marti mengharungi permulaan cemerlang apabila menewaskan Lubnan untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024.
Kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Malaysia tunduk dalam satu aksi Tier 1 FIFA kepada New Zealand dengan keputusan 4-0.
Kekalahan itu menyaksikan ranking Harimau Malaya turun satu tangga untuk menghuni kedudukan ke-133 dunia dengan 1113 mata.
Skuad kebangsaan kini merupakan pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (96), Vietnam (119), Indonesia (130) dan Malaysia (133).
Kedudukan terbaik Malaysia dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini adalah pada kedudukan 130 dunia iaitu ketika 21 Disember.
Ujian berikutnya buat pasukan negara adalah aksi persahabatan menentang Laos dan India masing-masing pada 14 dan 18 November di tempat lawan.
Malaysia kini dipastikan berada dalam Balang 2 bagi undian Kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal bermula pada Mac 2024.