Asia
Johor Southern Tigers / Sabah FC
Advertisements

Kegagalan tiga wakil Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah FC dan Terengganu FC mencatatkan kemenangan di pentas asia baru-baru ini telah meninggalkan kesan apabila kedudukan ranking MA AFC Malaysia kini sudah dipintas.

Negara yang memintas Malaysia adalah Australia. Biarpun berjaya menambah 0.11 mata, ianya masih belum cukup membantu Malaysia untuk mengekalkan kedudukan kelima dalam kategori Asia Timur.

Dalam satu ciapan di laman X Footy Rankings, Australia dilihat berjaya memintas Malaysia untuk berada di kedudukan kelima Asia Timur selepas memperolehi tambahan 1 mata dalam Ranking MA AFC.

Advertisements

Kedudukan Malaysia di tangga keenam masih belum selamat apabila diekori rapat Vietnam di tangga ketujuh. Malaysia kini mengumpul 27.340 mata ketinggalan 0.437 mata kepada Australia manakala dibezakan 2.483 mata dengan negara Vietnam.

Malaysia MA Ranking Ranking MA AFC: Malaysia Dipintas Australia
Ranking MA AFC untuk Asia Timur.

Malaysia perlu mengekalkan kedudukan sekurang-kurangnya di tangga keenam Asia Timur bagi menjamin satu slot automatik ke Liga Juara-Juara AFC bagi musim 2025/2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram