Ranking Masa-Nyata FIFA: Indonesia Terkeluar Dari Kelompok 120 Dunia
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Ranking masa-nyata FIFA menyaksikan Indonesia terkeluar dari kelompok 120 pasukan terbaik dunia.

Skuad kendalian Shin Tae-yong turun dengan 4 pertukaran dalam kesebelasan utama untuk melakar kemenangan pertama pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad
Sponsors

China bagaimanapun tidak memberi laluan mudah apabila mencatatkan kemenangan 2-1 di laman sendiri mengecewakan Indonesia.

Ad

Berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA, kekalahan di tangan China menyebabkan Indonesia kehilangan -9.69 mata untuk menjadi 1118 mata.

Hal ini menyebabkan Sang Garuda turun 4 tangga daripada kedudukan ke-127 kepada 131 dunia selain terlepas peluang untuk menghampiri kelompok 110 terbaik dunia.

Ad

Indonesia (131) kekal menjadi negara ketiga terbaik Asia Tenggara selepas Thailand (96) dan juga Vietnam (116).

Ad

Ujian berikutnya buat Indonesia adalah menentang Jepun pada 15 November 2024 di laman sendiri dalam misi untuk melakar kemenangan pertama.

Ad

Kekalahan ini juga secara tidak langsung menyukarkan misi wakil Asia Tenggara itu untuk melangkah ke Piala Dunia.