Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Raih +8.56 Mata, Kejar Tangga 120 Dunia
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia berjaya meraih tambahan +8.56 mata FIFA dan membantu pasukan untuk menghampiri tangga 120 terbaik di dunia.

Skuad kendalian Peter Cklamovski beraksi cemerlang di Stadium Sultan Ibrahim apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas pasukan 175 dunia, Nepal.

Ad

Jaringan pemain warisan baharu, Hector Hevel dan juga ledakan Corbin-Ong cukup untuk memberikan tiga mata buat skuad kebangsaan di laman sendiri.

Ad

Kemenangan itu membolehkan Harimau Malaya meraih tambahan +8.56 mata FIFA untuk mengumpul 1123.57 mata secara keseluruhan sekali gus naik ke tangga 131 ranking FIFA.

Malaysia kini selangkah untuk menghampiri kelompok 120 terbaik dunia dengan pasukan paling hampir ialah Cyprus (130) dengan 1128.20 mata.

Ad

Pesaing terdekat Malaysia iaitu Indonesia turut mencatatkan kemajuan memberangsangkan selepas menundukkan Bahrain dengan keputusan 1-0.

Ad

Sang Garuda naik 7 tangga ke kedudukan 123 dunia dengan 1138.88 mata dan mengukuhkan kedudukan selaku pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara.

Ad

Ujian kedua Harimau Malaya adalah aksi menentang Vietnam pada 10 Jun akan datang di laman sendiri dalam misi untuk mara ke Piala Asia 2027 secara merit.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments