Ranking jaguh Asia Tenggara, Thailand naik mendadak dan kini setaraf New Zealand.
Skuad kendalian Masatada Ishii terus mempamerkan aksi konsisten apabila muncul juara Piala Raja Thailand.
Thailand berjuang hebat sebelum menundukkan jaguh Timur Tengah, Syria dengan keputusan 2-1 di laman sendiri untuk muncul juara.
Kemenangan itu membolehkan Thailand mengumpul tambahan +8.7 mata FIFA untuk melonjak 4 tangga berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.
Thailand kini menghuni tangga ke-96 dunia dengan 1231.76 mata untuk memintas negara seperti Belarus (97), Armenia (99) dan Palestine (100).
Skuad Gajah Perang juga kekal menjadi pasukan terbaik Asia Tenggara diikuti oleh Vietnam (116), Indonesia (127) dan juga Malaysia (133).
Kedudukan semasa membolehkan Thailand menghampiri negara-negara terkemuka seperti Luxembourg (90), New Zealand (92) dan juga China (94).
Ujian berikutnya buat Thailand adalah persahabatan Tier 1 FIFA bulan November sebelum mengharungi kempen Piala Asean Mitshubishi Electric.