Rasmi: Qatar Dipilih Tuan Rumah Piala Asia 2023
MakanBola
Qatar2022.qa
Sponsors

Qatar dipilih sebagai tuan rumah Piala Asia 2023 selepas berjaya meyakinkan pihak AFC untuk menggantikan China yang sebelum ini menarik diri disebabkan oleh wabak Covid-19.

Hal ini diumumkan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) di Twitter.

Ad

Sebelum ini beberapa negara menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah antaranya adalah Indonesia, Korea dan Australia.

Namun ianya mengecil dengan Korea Selatan dan Qatar menjadi pilihan utama sebelum Qatar dipilih sebagai tuan rumah rasmi.

Ad

Qatar turut bakal menganjurkan kejohanan terbesar bola sepak dunia, Piala Dunia FIFA 2022 yang bakal bermula pada November ini.

Ad