Advertisement

Follow us:

Safuwan Baharudin Milik Negeri Sembilan

NSFC1923 Safuwan Baharudin Milik Negeri Sembilan
NSFC1923
Alif Syazani
@SyazaniAlif
4:52pm 22/02/2023
Pivo

Pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin sah perkuat Negeri Sembilan bagi saingan Liga Super musim 2023. 

Perkara ini diumumkan oleh Negeri Sembilan sebentar tadi. Safuwan Baharudin jadi pemain terakhir yang menyertai skuad Jang sebelum tamat jendela perpindahan.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal di Twitter miliknya menyatakan perpindahan Safuwan yang sebelum ini tertangguh.

Beliau merupakan pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi seperti pertahanan tengah dan juga perancang tengah pasukan.

Pengalaman yang luas dimilikinya dalam saingan Liga Malaysia pasti ditagih oleh jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan untuk memperkuatkan pasukan.