Razman Roslan Beri Petunjuk Pemain Baharu JDT
Transfer
MakanBola
Astro Arena
Advertisements

Sejak beberapa musim yang lalu, Matthew Davies telah menunjukkan aksi konsisten bersama JDT dengan aksi bertemu Perak FC minggu lalu merupakan penampilan ke-100 buat pemain kacukan Malaysia-Australia itu.

Biarpun ada persaingan sihat yang diberikan oleh Syahmi Safari di posisi pertahanan kanan JDT, namun ianya masih belum mencukupi untuk menembusi kesebelasan utama JDT buat masa ini.

Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan berpendapat jurang di antara Matthew Davies dan Syahmi Safari adalah tidak jauh namun peluang harus diberikan kepada Syahmi untuk membuktikannya.

“Untuk saya, tidak jauh beza (Davies dan Syahmi) tetapi Matt Davies masih lagi di atas kerana kelebihan Matt Davies sentiasa mendapat minit bermain domestik dan antarabangsa. Tetapi jurang itu tidak jauh,” jelas Razman kepada Astro Arena.

Advertisements

Umum mengetahui bahawa musim 2024 akan ada pembaharuan dalam skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan beberapa pemain dijangka bakal dibawa masuk bagi menambah kekuatan skuad Harimau Selatan musim hadapan.

Razman juga memberi bayangan bahawa pemain baharu yang bakal dibawa masuk oleh JDT adalah pemain yang menghuni posisi yang sama seperti Matthew Davies dan Syahmi Safari iaitu posisi pertahanan kanan.

Advertisements

“Saya rasa kalau diberikan peluang kepada Syahmi Safari, dia adalah pemainnya (mencabar posisi Davies). Dan kita perlu ingat tahun depan, ada satu pemain akan dipersiapkan bersama-sama dengan skuad JDT,” katanya lagi.

Advertisements

Pelbagai desas-desus bertebaran mengenai pemain yang akan dibawa masuk ke skuad JDT musim hadapan. Antara nama yang hangat diperkatakan adalah pertahanan kanan Terengganu FC dan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad.

News Comments Account