Razman Roslan Berjaya Hidu Masalah Utama Terengganu
MakanBola
Terengganu FC

Bekas pemain kebangsaan yang kini tampil sebagai pundit bola sepak, Razman Roslan berjaya mengesan masalah utama yang membelenggu pasukan Terengganu FC musim 2024/2025.

Bagi Razman, masalah utama Terengganu ialah apabila mereka berdepan kesukaran untuk menjaringkan gol, bahagian belakang terutamanya pertahanan dan penjaga gol sentiasa akan dibolosi pihak lawan.

Ad

“Apa yang dilihat, masalah untuk pasukan Terengganu ini ialah ketika mereka boleh menjaringkan gol, pertahanan mereka sangat solid.

Ad

“Tetapi apabila mereka gagal ataupun sukar mendapatkan jaringan, bahagian belakang mereka akan sentiasa dibolosi. Itulah faktor yang saya nampak menjadikan pasukan Terengganu agak sukar di akhir-akhir musim ini.

“(Pada) awal musim, mereka boleh menjaringkan gol dan bahagian belakang sangat solid walaupun mereka beraksi dengan pemain tempatan,” jelas Razman kepada Astro Arena.

Ad

Selain itu, Razman berpendapat bahawa kemasukan pemain baharu ataupun import yang lebih berkualiti untuk mengatasi masalah ketumpulan penyudah yang membelenggu mereka di akhir-akhir musim ini.

Ad

Terengganu kini menghuni tangga ke-5 Liga Super dengan mengumpul 32 mata selepas 22 perlawanan yang diharungi. Kini berbaki dua lagi aksi, Terengganu perlu mengumpul mata maksimum untuk memperbaiki kedudukan sekurang-kurangnya berada di tangga ke-4 ataupun ke-3 liga.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments