“Filosofi Kim Pan-gon Sudah Sebati Dengan Harimau Malaya” – Razman Roslan
Harimau Malaya
Azri/MakanBola/FA Malaysia
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan Malaysia, Razman Roslan berpendapat filosofi yang diterapkan jurulatih Kim Pan-gon sudah sebati dengan Harimau Malaya.

Razman Roslan juga percaya sekarang bukan waktu terbaik untuk memikirkan pengganti Kim Pan-gon sebaliknya skuad kebangsaan harus kekal fokus dengan misi meraih mata penting dalam dua aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia.

Malaysia berbaki dua perlawanan bertemu Taiwan dan juga Kyrgyzstan yang bakal menjadi penentu nasib pasukan sama ada Harimau Malaya mampu melangkah ke pusingan seterusnya atau sebaliknya.

Advertisements

“Saya rasa untuk mempersiapkan pasukan yang mantap bukan boleh dalam masa pendek. Apa yang diatur oleh Kim Pan-gon saya rasa sudah terbaik.”

“Kita sudah layak ke Piala Asia baru-baru ini bermakna dari segi prestasi dan kualiti pasukan ada penambahan. Kita sudah boleh bersaing dengan pasukan-pasukan besar.”

Advertisements

“Jadi jika peminat mahu Kim Pan-gon meletak jawatan saya rasa itu tak perlu difikirkan kerana kita ada dua perlawanan lagi untuk layak secara merit ke Piala Asia 2027 dan juga pusingan seterusnya Piala Dunia.”

“Saya rasa perlu fokus dan kekalkan Kim Pan-gon untuk dua perlawanan terakhir ini kerana yang paling penting sekali adalah filosofi yang dimahukan Kim Pan-gon sudah diketahui pemain-pemain Harimau Malaya.”

Advertisements

“Kalau kita bawa masuk jurulatih baru mungkin perlukan masa dan agak sukar untuk dapatkan keputusan yang baik. Sekarang ini masa untuk kekal fokus dan dapatkan mata untuk dua perlawanan terakhir.” ujar Razman Roslan.

Razman Roslan bakal bersama-sama Mahali Jasuli, Zaquan Adha serta Safee Sali selaku Pakar Tetamu Liga Malaysia di Astro Arena kelak dalam memeriahkan lagi Liga Super Malaysia musim 2024/25.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram