Razman Roslan Harap Pemain Warisan Malaysia Guna Peluang Sebaik Mungkin
MakanBola
PFAM
Sponsors

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan berharap dua tonggak warisan baharu Malaysia memanfaatkan peluang beraksi bersama pasukan itu sebaik mungkin.

Harimau Malaya mendapat suntikan tambahan menerusi kehadiran dua pemain warisan baharu, Gabriel Palmero dan Hector Hevel.

Ad

Palmero, 23, beraksi untuk pasukan CD Tenerife B. Hevel, 28, pula kini beraksi untuk kelab divisyen dua Portugal, Portimonense.

Ad

Razman melihat kedua-dua pemain ini perlu menunjukkan permainan mantap sekiranya diturunkan dalam kesebelasan utama.

Ini kerana pengalaman dan ilmu yang ditimba mereka di luar negara dilihat berguna untuk membantu Harimau Malaya di atas padang.

Ad

“Pemain-pemain ini kena faham, penyokong nak (keputusan) cepat. Bagi penyokong skuad kebangsaan, bila dapat peluang, anda kena buktikan,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

“Itu yang dimahukan semua penyokong dan saya sendiri rasa itu yang kita harapkan. Kalau kita nak bagi peluang sebab mereka ini pemain warisan.

Ad

“Atau kita boleh katakan dalam Malaysia ini, (mereka) ini pemain import sebenarnya.”

Malaysia bakal berdepan cabaran Nepal untuk aksi pertama kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 25 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments