Impian Liverpool untuk menyamai rekod Arsenal yang memenangi liga tanpa kalah lebur apabila ‘The Reds’ mengalami kekalahan mengejut di tangan Watford. Dua jaringan Ismaila Sarr dan satu daripada Troy Deeny cukup untuk menamatkan 44 perlawanan tanpa kalah Liverpool di dalam liga. Kekalahan Liverpool menjadi berita yang hangat di media sosial dan mengecewakan sesetengah penyokong Liverpool yang berharap agar kelab mereka dapat menyamai rekod yang pernah dipegang oleh Arsenal.
Tetapi di satu sudut, RB Leipzig telah menghiburkan peminat bola sepak di seluruh dunia dengan memberikan respon yang lucu terhadap kekalahan Liverpool di laman twitter. Umum tahu bahawa Liverpool dikatakan bercadang untuk membawa masuk penyerang pasukan RB Leipzig, Timo Werner yang kini sedang berada di pretasi yang terbaik pada musim depan.
Werner telah menjaringkan 21 gol daripada 23 perlawan di dalam liga mempunyai klausa perpindahan sebanyak £50 Juta. Satu nilai yang cukup murah untuk pemain berkualiti seperti Werner.
Selepas tamat perlawanan, laman rasmi twitter pasukan Liverpool telah memaparkan keputusan akhir perlawanan dan Leipzig membalas dengan memaparkan gambar Werner melihat skrin phone dengan muka terkejut.
Namun penyokong Liverpool memberikan respon yang baik dengan ada yang menyatakan bahawa “Ini adalah transfer announcement paling pelik yang saya pernah lihat ” .