Reaksi puas ditampilkan oleh penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva selepas meledak tiga gol lawan Kedah Darul Aman.
Pemain berusia 32 tahun itu terus menghadirkan impak penting apabila berjaya meledak tiga jaringan menewaskan Kalamullah Al-Hafiz.
JDT juga melakar kemenangan besar 6-0 ke atas skuad Harimau Selatan sekaligus mengekalkan rekod bersih di Liga Super.
Bergson dalam satu kenyataan kepada Johor Southern Tigers jelas berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh rakan sepasukan berdepan Sang Kenari.
Sungguhpun mengetahui bakal menghadapi lawan yang cukup hebat, pemain JDT berjaya mengekalkan fokus selama 90 minit untuk meraih 3 mata.
“3 mata lagi di laman sendiri, menentang lawan yang amat baik tetapi sekali lagi kita menunjukkan karakter sebenar dan memtaliti JDT.
“Alhamdulillah, Luaskan Kuasamu Johor,” ujar penyerang kelahiran Brazil itu.
Bergson juga sudah merekodkan lebih 120 jaringan sejak kali pertama beraksi buat JDT pada tahun 2021.
Beliau juga merekodkan purata 3 hatrik dalam semusim sekaligus menjadi antara peledak paling prolifik di Liga Malaysia ketika ini.
Perak bakal menjadi ujian berikutnya buat anak didik Hector Bidoglio di Ipoh pada 17 Ogos 2024.