Reaksi pemain Malaysia-Amerika, Wan Kuzain Wan Kamal selepas melihat Mohammad Abualnadi ke Selangor mencuri tumpuan.
Pemain berusia 25 tahun itu kini sedang menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan yang agak serius.
Beliau kini beraksi bersama St Louis 2 di USA difahamkan bakal memperkuat Harimau Malaya tidak lama lagi.
Kuzain bagaimanapun dikesan memberikan reaksi terhadap perpindahan terbaru Selangor melibatkan pemain Jordan itu yang menyertai Liga Malaysia.
“Moooooo,” ujar Kuzain pada ruangan komen Selangor FC.
Pemain berusia 23 tahun ini memiliki pengalaman luas beraksi di Eropah terutamanya di Amerika Syarikat dan juga merupakan bekas rakan sepasukan Wan Kuzain di Kansas City ll.
Pemain Malaysia itu memulakan kariernya di St. Louis namun berpindah menyertai Kansas City dan menjadi rakan sepasukan Abualnadi sekitar tahun 2019.
Tonggak kelahiran Jordan-Palestin itu berhijrah ke Selangor dari kelab Iraq, Al-Qasim SC sungguhpun baru sahaja menyertai kelab tersebut.