Real Madrid Makin Hampir Dapatkan Alexander-Arnold Secara Percuma
MakanBola
Liverpool FC
Sponsors

Bek kanan Liverpool FC, Trent Alexander-Arnold dilaporkan semakin hampir mencapai persetujuan dengan kelab La Liga, Real Madrid.

Sebelum ini, beliau merupakan antara tiga tonggak utama The Reds yang berpotensi meninggalkan kelab sebagai ejen bebas pada akhir musim 2024/25.

Ad

Ini disebabkan kontraknya bakal berakhir pada akhir musim. Selain Alexander-Arnold, Virgil van Dijk dan Mohamed Salah juga berdepan situasi sama.

Ad

Kini, bek kanan England itu berpeluang melengkapkan perpindahan percuma ke Bernabeu seperti yang dilaporkan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.

Los Blancos sudah menghantar kertas cadangan termasuk tawaran kontrak kepada pasukan pengurusan Alexander-Arnold.

Ad

Sekiranya kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan, beliau bakal menjadi pemain England terbaru beraksi untuk Real Madrid.

Ad

Alexander-Arnold berpotensi mengikut jejak Jude Bellingham, David Beckham, Michael Owen, Jonathan Woodgate dan Steve McManaman beraksi di Bernabeu.

Ad

Jika beliau sah menerima tawaran Los Blancos, Liverpool dijangka menilai beberapa pemain sebagai pengganti Alexander-Arnold.

Antara pemain yang dilaporkan berada dalam radar The Reds ialah Jeremie Frimpong (Bayer Leverkusen) dan Ola Aina (Nottingham Forest).

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments