Rekaan Jersi Baharu Selangor Tertiris
Liga Super
Htet Aung & Sharul
Advertisements

Jersi ketiga pasukan Selangor hari ini menjadi bualan para penyokong apabila ia ditiriskan oleh bintang pasukan sendiri.

Berdasarkan makluman awal, jersi Selangor sudah pun dilancarkan pada awal musim yang berwarna merah dan juga hijau.

Keunikan yang terdapat pada setiap rekaan jersi pasukan ini telah pun mendapat liputan yang cukup meluas sehingga ke Eropah.

Advertisements

Namun begitu, menerusi satu hantaran oleh pemain sayap Selangor, Hein Htet Aung, beliau ada memuat naik kesemua jersi baharu The Red Giants di media sosialnya.

Hal ini mendapat perhatian para penyokong disebabkan laman rasmi Selangor masih belum memuat naik sebarang pengumuman mengenai jersi tersebut.

Advertisements

Dalam hantaran tersebut kelihatan pemain kelahiran Myanmar ini segak menggayakan jersi baharu tersebut yang hadir dengan elemen tersendiri.

Jersi tersebut berwarna putih pada tapaknya dan dimuatkan dengan corak yang lebih santai dengan logo pasukan diletakkan di bahagian tengah dada.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram