Rekaan Unik Jersi Selangor Buka Mata Media Antarabangsa
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Selepas Terengganu menggamit perhatian media antarabangsa dengan rekaan jersi mereka, Selangor pula menjadi tumpuan. Ini selepas rekaan jersi yang dihasilkan pembuat jersi Merah Kuning, Joma pula dianggap unik dan lain dari yang lain.

Jersi Selangor untuk musim 2023 dianggap istimewa kerana diinspirasikan daripada stadium keramat pasukan itu iaitu Stadium Shah Alam. Rekaan jersi unik ini mendapat perhatian portal Footy Headlines beberapa hari lepas.

Ad

Masih mengekalkan warna merah yang dianggap sinonim dengan Merah Kuning, Joma turut memasukkan warna pasir pada rekaan jersi pasukan gergasi tanah air itu.

Ad

Ia sebagai penghormatan kepada Stadium Shah Alam yang bakal dirobohkan dan diganti dengan stadium baru yang dijangka siap pada 2026.

Selain itu, Joma turut menyelitkan lukisan mini stadium tersebut pada bahagian belakang jersi Selangor. Turut disertakan ialah lokasi stadium dan tahun ia aktif digunakan (1994-2022).

Ad

Joma juga turut memasukkan motif ombak berbentuk segi empat pada bahagian hadapan dan belakang jersi Gergasi Merah. Jersi ini diperkenalkan secara rasmi kepada penyokong pada penghujung Januari lalu.

Ad

Yang pasti, jersi ini bukan sekadar mendapat sambutan hangat daripada para penyokong. Malah, ia secara tidak langsung mengimbau memori mereka yang pernah menonton perlawanan di Stadium Shah Alam satu ketika dahulu.

Ad